Hanya beberapa jam sebelum hari mengundi awal pada Sabtu, Barisan Nasional bersetuju untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai.
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada ceramah pengumuman khas PRU15 Parlimen Padang Serai di Taman Desa Aman, Padang Meiha, Jumaat malam.